Saturday, 4 February 2017

Qura'an dan Sunnah menjadi keselamatan manusia





Nabi S. A.W bahawa baginda bersabda: “ Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu  kitab Allah dan sunnah rasulullah S.A.W “. ( Imam Malik )

Monday, 30 January 2017

Agama yang diredhai Allah ialah Islam


Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga
kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya:
“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” 
Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga, 
dan sesiapa yang derhaka kepadaku, maka sesungguhnya dia telah enggan.”

(Al – Bukhari)

Sunday, 29 January 2017

Rasulullah S.A.W. mengizinkan supaya hadis-hadisnya ditulis.




Penulisan hadis bukanlah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah
secara rahsia tetapi mereka menulis setelah mendapat kebenaran
daripada Rasulullah. Para sahabat dengan sifat keadilan mereka
tidak melakukan sesuatu perkara yang berhubung dengan hadis
dan dengan perkara-perkara agama, tanpa mendapat kebenaran
daripada Rasulullah S.A.W. (Hadis Abu Daud) (pdf)

Saturday, 28 January 2017

Mengada-adakan perkara baru dalam agama adalah seburuk-buruk perkara





Daripada Jabir bin Abdullah R.A, katanya: pernah Rasulullah S.A.W  apabila berpidato merah menyala matanya, lantang  suaranya, dan bersangatan marahnya sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang! ; Serta baginda bersabda: “(masa) aku diutuskan dan masa berlakunya kiamat seperti dua jari ini,” lalu baginda menyatukan kedua jari tangannya – jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: “(ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah, dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad S.A.W; dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu ialah bida’ah, dan tiap-tiap bida’ah itu sesat”. Kemudian baginda bersabda lagi: “aku adalah berhak menolong tiap-tiap orang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, -sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang, atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya, dan akulah yang menanggung hutangnya.”

Muslim dan lain-lain ( .pdf ) 

Thursday, 12 January 2017

Fi'il Mudhari'

Kata kerja kala kini atau kerja yang sedang belaku atau akan berlaku atau rutin.ia mempunyai 14 bentuk . Contohnya seperti berikut